Strict Standards: Declaration of JCacheControllerPage::store() should be compatible with JCacheController::store($data, $id, $group = NULL) in /home/mpkkorg/public_html/libraries/joomla/cache/controller/page.php on line 200

Strict Standards: Only variables should be assigned by reference in /home/mpkkorg/public_html/plugins/system/jdownloads/jdownloads.php on line 24

Strict Standards: Only variables should be assigned by reference in /home/mpkkorg/public_html/plugins/system/jdownloads/jdownloads.php on line 25

Strict Standards: Only variables should be assigned by reference in /home/mpkkorg/public_html/plugins/system/jdownloads/jdownloads.php on line 34

Strict Standards: Only variables should be assigned by reference in /home/mpkkorg/public_html/plugins/system/jdownloads/jdownloads.php on line 249

Strict Standards: Only variables should be assigned by reference in /home/mpkkorg/public_html/plugins/system/jdownloads/jdownloads.php on line 257
Penggunaan ICT di dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah

Masa


Strict Standards: Only variables should be assigned by reference in /home/mpkkorg/public_html/modules/mod_artclock/mod_artclock.php on line 10

Kaunter Pelawat

Today61
Yesterday90
Week513
Month1448
All58658

Currently are 4 guests and no members online


VCNT - Visitorcounter

Login Form

Notis


Strict Standards: Non-static method modBtContentSliderHelper::fetchHead() should not be called statically in /home/mpkkorg/public_html/modules/mod_bt_contentslider/mod_bt_contentslider.php on line 80

Strict Standards: Only variables should be assigned by reference in /home/mpkkorg/public_html/modules/mod_bt_contentslider/helper.php on line 75

Penggunaan ICT di dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah

Mata pelajaran sejarah sering dikaitkan dengan unsur lama dan statik dalam pengajaran dan pembelajaran. Justeru tulisan ini cuba mengetengahkan bagaimana aspek ICT boleh digunakan sebagai bahan untuk P&P sejarah.

 

P&P sejarah boleh menggunakan empat teknik iaitu tekniktutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi. P&P Keempat-empat teknik ini boleh menggunakan Kaedah Portal dan Forum, e-mail, CDROM, pangkalan data sejarah, pemprosesan perkataan dan presentation, dan penggunaan perpustakaan maya. Penggunaan ICT dalam P&P turut memberikan kesandan cabaran kepada kita dari aspek propaganda dan tempias globalisasi, keupayaan mengakses maklumat, kekurangan perisian dan courseware berbahasa Melayu, Isu latihan guru sejarah, persamaan peluang mengakses bahan, dan isu pengajaran dan pembelajaran. Secara kesimpulannya pengalaman negara-negara di Eropah menunjukkan P&P menggunakan ICT dapat meningkatkan minat dan pencapaian dalam mata pelajaran sejarah. Walau bagaimanapun penggunaan ICT harus dirancang dengan teliti untuk mengelak mata pelajaran sejarah menjadi Sejarah ICT dan bukannya ICT dalam P&P Sejarah.

 

(Artikel ini tidak menggambarkan pendirian Organisasi. Tulisan ini hanya untuk tujuan akademik sahaja. Rujukan)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pengenalan

 

 

 

 

 

Isu pengajaran dan pembelajaran (P&P) banyak dibincangkan dalam seminar atau menjadi isu utama dalam kajian. Proses P&P biasanya akan melibatkan interaksi secara bersemuka di antara guru dan pelajar (Koh Boh Boon 1992). Walau bagaimanapun dengan berlakunya perubahan dalam teknologi maklumat, aspek secara bersemuka tidak lagi relevan sepenuhnya malah P&P boleh berlaku melalui manipulasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) malah menjadi pemangkin dalam P&P (Ehwan Supangat 2005). Konsep pembelajaran menggunakan internet juga bukanlah sesuatu yang baru, malah kerajaan Malaysia sejak tahun 1997 telah melancarkan Sekolah Bestari (The Malaysian Smart School, 1997) sejajar dengan gagasan Multimedia Super Corridor (MSC).

 

 

 

Pada era digital ini konsep pengajaran dan pembelajaransejarah banyak dibincangkan melalui seminar, jurnal dan tesis pelajar di Universiti. Perbincangan tentang P&P sejarah banyak memfokuskan kepada aspek:

 

  1. Sumber-Penggunaan sumber yang telah didigitalkan di Internet dan proses pendigitalan.
  2. Penggunaan Sumber-memfokuskan kepada strategi pembelajaran yang boleh digunakan di dalam kelas.

 

 

 

 

 

Walau bagaimanapun persepsi masyarakat umum menganggap sejarah sebagai mata pelajaran yang sangat membosankan yang memerlukan guru memberi sebanyak maklumat tentang masa lalu untuk diingati oleh pelajar dan mengingati semula fakta tersebut di dalam peperiksaan (H. Doreen Tan 2004).

 

 

 

 

 

Definisi Konsep

 

ICT

 

ICT merupakan istilah Information Communications Technology (ICT) atau Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Agak sukar untuk memberi takripan yang tepat disebabkan perkembangan ICT yang terlalu pantas. Walau bagaimanapun kita akan memfokuskan kepada tiga perkataan disebalik ICT:

 

  • Information (Maklumat)
  • Communications (Komunikasi)
  • Technology (Teknologi)

 

Justeru, ICT banyak menyentuh aspek penyimpanan (storage), retrieve, manipulasi, transmissi atau menerima data-data digital. Malah kesemu aspek ini saling bergantung di antara satu sama lain. Dalam urusan seharian ICT dikategorikan kepada dua:

 

  1. Teknologi Asas Komputer-Alat Komputer Peribadi (PC) yang digunakan dirumah atau ditempat kerja. Aplikasi yang sering digunakan ialah Pemprosesan Perkataan (Word/Text), Hamparan Kerja (Spreadsheets), Pangkalan Data (Database), Persembahan (Presentation), pelayar internet, Perisian Grafik dan lain-lain.
  2. Teknologi Komunikasi Digital-Teknologi yang membolehkan orang ramai, berkomunikasi dan berkongsi maklumat digital.

 

 

 

 

 

Latar Belakang Sistem Pendidikan di Malaysia

 

 

 

Untuk memahami dengan lebih jelas penulisan ini adalah lebih baik kita melihat latar belakang Sistem Pendidikan di Malaysia. Pendidikan untuk rakyat Malaysia bermula seawal-awal umur enam tahun. Ibu bapa bebas untuk memilih tadika yang disukai, walau bagaimanapun bagi ibu bapa yang kurang berkemampuan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyediakan pendidikan asas enam tahun.

 

Seterusnya pelajar akan melalui pendidikan rendah selama enam tahun. Pada tahun yang keenam iaitu ketika berumur 12 tahun semua pelajar akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Peperiksaan UPSR biasanya akan menjadi kayu ukur untuk pemilihan pelajar ke sekolah-sekolah terpilih di seluruh Negara.

 

Pendidikan Menengah akan bermula ketika berumur 13 tahun hinggalah pelajar berumur 17 tahun. Di antara tempoh umur ini pelajar akan menduduki peperiksaan Penilaian Menegah Rendah (PMR) semasa di tingkatan tiga dan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika di tingkatan lima. Peperiksaan PMR biasanya digunakan sebagai pengukur pelajar yang berkebolehan ke aliran Sains, Sastera atau Teknik. Manakala kelulusan SPM digunakan sebagai asas untuk kemasukan ke Matrikulasi, Politeknik atau Kolej Swasta. Hanya sebahagian kecil sahaja pelajar akan meneruskan pelajaran di tingkatan enam bagi menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

 

 

 

Pendidikan Sejarah di Malaysia

 

 

 

Matapelajaran sejarah telah diajar sebagai salah satu matapelajaran diperingkat sekolah rendah sebelum pengenalan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM). Selepas tahun 1984 matapelajaran sejarah terus diajar di sekolah menengah sebagai salah satu matapelajaran aliran kemanusiaan. Mulai tahun 1992 matapelajaran sejarah menjadi subjek teras di peringkat tingkatan satu hingga tingkatan lima.

 

 

 

Matapelajaran sejarah terus diperbaiki dengan memasukkan unsur Peradaban Dunia mulai tahun 1992 dan melihat sejarah daripada kaca mata budaya kita sendiri dan kaca mata barat. Ini untuk mengelak pelajar kita menjadi seperti ‘Katak di bawah tempurung’ (Huraian Sukatan Pelajaran KBSM Sejarah Tingkatan Empat 1992).

 

 

 

Pada tahun 2002, Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan Empat disemak bagi mempastikan aspek yang relevan dan terkini dimasukkan. Salah satu aspek yang diberikan tumpuan melalui rombakan tahun 2002 ialah menyediakan pelajar untuk menghadapicabaran masa depan, perubahan dunia teknologi maklumat (TMK) serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21. Di sini kita dapati Negara kita telah sedar potensi ICT dalam P&P sejarah pada masa hadapan dengan memasukkan aspek ICT sejak tahun 2002.

 

 

 

 

 

 

 

Kaedah Pengajaran Sejarah

 

 

 

Dalam Huraian Sukatan Pelajaran KBSM Sejarah Tingkatan Empat (2002) telah mencadangkan beberapa kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah. Antara teknik yang dicadangkan ialah:

 

 

 

  1. Syarahan/Khutbah
  2. Bercerita
  3. Simulasi
  4. Kajian Kes
  5. Eksperimen
  6. Sumbang Saran
  7. Perbincangan
  8. Tunjuk Cara
  9. Penggunaan Sumber
  10. Kerja Luar
  11. Latih Tubi

 

 

 

Kaedah yang paling populardigunakan dalam P&P ialah kaedah khutbah atau syarahan, manakala bentuk P&P masih berpusatkan guru (Subadrah Nair 2005). Laporan prestasi mata pelajaran Sejarah Lembaga Peperiksaan Malaysia turut menyatakan pelajar masih menghafal dan membuat ramalan topik-topik tertentu tanpa menganalisis kehendak soalan (Lembaga Peperiksaan 2003). Kajian kes di Pakistan turut menunjukkan penggunaan kaedah lama dalam pengajaran sejarah (Intel Education 2007) dan situasi ini sangat membosankan pelajar (McKenzie, B. 2005)

 

 

 

Berdasarkan laporan LPM, masih terdapat ruang untuk mata pelajaran sejarah diajar menggunakan pendekatan lain yang turut melibatkan pelajar secara aktif dalam P&P. Justeru, ICT menawarkan pelaung yang sangat luas bagi menjadikan mata pelajaran sejarah sebagai mata pelajaran yang berkesan dalam pembinaan Negara dan menangani perubahan persekitaran yang begitu pantas.

 

 

 

 

 

 

 

Peranan ICT dalam P&P

 

 

 

Penggunaan ICT dalam P&P boleh dilihat dalam dua aspek iaitu aspek pengajaran oleh guru dan aspek pembelajaran oleh pelajar (Pusat Perkembangan Kurikulum 2001).

 

 

 

Pengajaran

 

 

 

Ramai yang menjangkakan ICT akan merevolusi dunia pada abad ke-21 melalui perubahan dalam cara kerja, hubungan secara terus di antara pembuat dan pengguna, dan akses kepada sumber maklumat yang begitu banyak. Aspek pendidikan turut terdedah dengan perubahan apabila pelajar boleh mengakses sumber maklumat dengan mudah. Mata pelajaran sejarah turut mengalami perubahan dengan pengenalan ICT dalam pendidikan. Guru sejarah yang peka kepada perubahan akan menggalakkan pelajar membina kemahiran yang sesuai dengan keperluan dunia ICT. Antara beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan oleh guru sejarah ialah:

 

 

 

  1. Apakah penentu kualiti penggunaan ICT dalam pengajaran sejarah di dalam kelas.
  2. Bagaimanakah hasil pembelajaran sejarah dengan ICT dapat disatukan atau dibezakan
  3. Bagaimanakah perancangan pengajaran boleh mencapai matlamat pengajaran

 

 

 

Kajian di England menunjukkan kualiti pengajaran sejarah sama ada dengan menggunakan ICT atau tidak, banyak bergantung kepada sejauh mana ilmu pengetahuan guru tentang mata pelajaran. Pemahaman guru tentang bagaimana cara terbaik untuk menyampaikannya juga memainkan peranan penting. Guru sejarah yang baik akan mencabar pelajarnya untuk berfikir secara sejarah. Penggunaan ICT dalam P&P sejarah bermaksud bagaimana ICT membantu proses P&P.

 

 

 

Kebelakangan ini telah menjadi fenomena biasa proses pengajaran di dalam kelas menggunakan alat bantu mengajar. Dalam konteks pendidikan di sekolah alat ICT yang biasa digunakan ialah Notebook atau PC, Projektor LCD, skrin LCD dan pembesar suara. Bagi memudahkan penyampaian biasanya hasil pengajaran ditunjukkan dalam bentuk Microsoft Power Point Presentation, Open Office Presenter. Kedua-dua perisian ini sangat mudah dikendalikan dan boleh dimasukkan sedutan video, gambar dan animasi. Ini banyak membantu guru meringkaskan bahan pengajaran dalam bentuk yang sangat menarik (Intel Education 2007). Sebahagian tenaga pengajar juga turut menggunakan software yang lebih advance misalnya penggunaan Macromedia Flash. Software ini agak sukar dikendalikan tetapi boleh menghasilkan slide animasi yang sangat menarik.

 

 

 

Selain penyediaan bahan-bahan menggunakan slide, guru turut menggunakan kemudahan internet dalam pengajaran. Misalnya guru menyediakan bahan dan dimasukkan dalam laman web sejarah. Kemudian pelajar akan diminta membuat rujukan di laman web yang disediakan. Guru juga turut menyediakan pautan laman web yang berguna sebagai sebahagian daripada bahan rujukan. Untuk tujuan ini guru sejarah haruslah memahami keperluan asas pembelajaran sejarah. Guru juga haruslah memahami asas ilmu sejarah dan memahami keperluan sumber sejarah. Guru harus mampu membantu pelajar berhadapan dengan bahan bukti, sebab dan akibat perubahan dalam sejarah. Misalnya sesetengah istilah seperti ’demokrasi’, ’bantuan’ , dan ’bangsa’, ditetapkan oleh faktor sejarah dan berbeza pengunaannya mengikut tempat (Joke van der Leeuw-Roord 1998).

 

 

 

Sumber-sumber yang diperoleh ini boleh membantu pelajar mengkonstruk narratif sendiri. Mereka perlu memahami naratif untuk membina pemahaman sendiri tentang masa lalu dari persepektif yang berbeza (Joke van der Leeuw-Roord. 1998). Situasi ini mungkin boleh diterima dalam sistem pendidikan sejarah di Amerika dan Eropah, tetapi keadaan di Malaysia mungkin memerlukan masa yang agak panjang sebelum kaedah ini dapat dijalankan dengan jayanya. Salah satu kemahiran yang dapat diterapkan di sini ialah pemikiran kritikal terhadap sumber, ICTdan bahan itu sendiri.

 

Menurut Chris Durbin (Joke van der Leeuw-Roord. 1998 ), pembangunan ICT akan memberi impak kepada pengajaran mata pelajaran sejarah. Misalnya kemampuan untuk mengakses data dalam jumlah yang besar akan membawa pelajar untuk bekerja secara kendiri. Untuk itu mereka memerlukan kemahiran inkuiri, menganalisis dan membina argument. Untuk mencapai matlamat ini kita harus memberi peluang untuk pelajar membuat analisis tentang masa lalu secara bebas dan menggunakan perisian pemprosesan perkataan (MS Word atau Text) untuk menuli semula jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan.

 

 

 

Pendedahan kepada internet tanpa panduan boleh menyebabkan pelajar hilang punca dalam membuat pencarian. Justeru guru juga boleh menggunakan kaedah lain iaitu menjalankan perbincangan di internet. Perbincangan boleh dijalankan melalui kumpulan-kumpulan pengguna di www.yahoo.com atau www.gmail.com. Bagi penulis kaedah yang paling sesuai adalah melalui kaedah discussion board yang lebih mengkhusus kepada tujuan perbincangan. Antara discussion bard yang paling banyak digunakan diinternet ialah phpBB dan Invision Power Board.

 

 

 

Tenaga pengajar boleh bertindak sebagai moderator dan memasukkan bahan bacaan, pautan internet dan bahan muat turun di dalam forum (Pusat Perkembangan Kurikulum 2008). Pelajar boleh melakukan perbincangan dan berkongsi kesemua bahan yang diperoleh hasil penerokaan di internet.

 

 

 

Kesahihan bahan di internet selalu dipertikaikan. Justeru kemahiran harus diberi kepada pelajar agar pelajar mampu menilai secara kritikal sumber yang diterima, misalnya melalui filem dan cetakan. Aspek yang ditekankan melalui cara kerja kritis:

 

 

 

  1. Siapakah yang menulis sumber?
  2. Apakah tujuannya?
  3. Kepada siapa penulisan ini ditujukan?
  4. Bila ia diterbitkan?
  5. Apakah motif penerbitan bahan tersebut?
  6. Bagaimanakah kesesuaian sumber maklumat?

 

 

 

Kaedah Simulasi dan tutorial multimedia merupakan salah satu kaedah pengajaran yang terbaik sekiranya pengajar memahami proses menghasilkan courseware yang sesuai dengan bahan pengajaran (DelGaudio & Julian J. 2002).

 

 

 

Walaupun banyak kaedah boleh digunakan dengan menggunakan ICT dalam P&P, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (2001) mencadangkan P&Pmelalui empat kategori:

 

 

 

  1. Tutorial
  2. Penerokaan
  3. Aplikasi
  4. komunikasi

 

1.0Pembelajaran Tutorial

 

 

 

ICT dalam P&P mata pelajaran sejarah boleh menggunakan kaedah tutorial apabila digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan topik yang telah ditetapkan (Pusat Perkembangan Kurikulum 2001). Kaedah tutorial merangkumi:

 

 

 

  1. Pembelajaran Ekspositori
  2. Demonstrasi sesuatu fenomena yang dikawal urutannya
  3. Latihan atau latih tubi yang disampai dan dikawal oleh sistem

 

 

 

Melalui kaedah ini guru akan menerangkan dengan teliti cara penggunaan komputer dan perisian yang terdapat di dalam CDROM, cakera keras ataupun laman web (Pusat Perkembangan Kurikulum 2001). Dengan itu pelajar boleh menggunakan bahan dengan panduan daripada guru. Situasi ini menjadi lebih mudah disebabkan semua perisian yang ada kini menggunakan aspek multimedia.

 

 

 

Kaedah ini sesuai digunakan apabila terdapat perbezaan kemampuan penggunaan alat ICT di kalangan pelajar dan bilangan pelajar sangat ramai di dalam sesebuah kelas. Penyediaan bahan melalui courseware akan dapat menyeleaikan masalah kekurangan guru misalnya guru terbabit terlibat dalam aturcara di luar sekolah. Malah latihan pelbagai peringkat memberi ruang pelajar yang berbeza kemampuan untuk menguji keupayaan mereka sesuai dengan tahap yang disediakan.

 

 

 

2.0Pembelajaran Penerokaan (Eksploratory)

 

 

 

Pembelajaran Penerokaan boleh berlaku sekiranya ICT digunakan sebagai medium untuk:

 

 

 

  1. Mencari dan mengakses maklumat daripada CDROM/DVDROM dan internet
  2. Mempelajari sesuatu secara simulasi
  3. Demonstrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya dikawal oleh murid

 

 

 

 

 

Pembelajaran berbentuk penerokaan melalui laman web diperkenalkan oleh Jack Thorpe dan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat yang bertujuan melatih tentera Amerika dalam melakukan sesuatu operasi. Malah kaedah simulasi berasaskan laman web bagi Yucesan dan Chun Hung Chen (Shaharudin Md Salleh 2007) merupakan salah satu cara untuk meluaskan kaedah simulasi dalam pendidikan disebabkan sifat internet yang lebih mudah diakses melalui pelbagai sistem operasi komputer. Ini disokong oleh kajian Lorenz et. al (Shaharudin Md Salleh 2007) menyatakan simulasi boleh menjadi alat dan model yang boleh digunakan oleh pelajar malah ia bersifat global disebabkan ciri yang mudah diakses. Ini menyokong pembelajaran kaedah kooperatif dilakukan di dalam kelas.

 

 

 

Pembelajaran penerokaan boleh dilakukan melalui penyediaan CDROM atau DVDROM yang sesuai dengan P&P Sejarah selain daripada menggunakan internet. Dalam satu kajian kes di Sweden, pembelajaran sejarah menggunakan CDROM yang diusahakan oleh Muzium dan Jabatan Arkib di Stockholm. Dalam modul yang disediakan pelajar diminta mengemukan persoalan dan mengemukakan dapatan mereka. Pelajar telah membincangkan tentang projek yang dibuat dan mempersembahkan hasil melalui Power Point. Banyak penemuan yang dihasilkan oleh pelajar dan didapati mereka sangat gembira dengan hasil tinjauan mereka. Manakala di Canada (Paquin M & Barfurth M 2007) kajian menunjukkan berlakunya peningkatan minat daripada pelajar disebabkan sebahagian pelajar memiliki kemahiran menggunakan alat ICT.

 

 

 

Melalui kaedah ini pelajar sendiri yang menentukan maklumat yang diterima melalui medium ICT. Justeru penerangan yang jelas amat penting agar pelajar menggunakan ICT untuk mempelajari sejarah. Kaedah ini sangat sesuai dengan pendekatan pembelajaran Konstruktif, iaitu penekanan kepada aspek kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pelajaran yang autentik, dan pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial.

 

 

 

Kaedah ini sesuai dalam situasi berikut:

 

 

 

  1. Pembelajaran yang berbentuk inkuiri penemuan
  2. Penyelesaian masalah kehidupan sebenar
  3. Kajian masa depan
  4. Pembelajaran simulasi

 

 

 

 

 

Kaedah ini akan memberi kelebihan kepada pelajar supaya lebih aktif dan tidak berorientasikan guru. Guru boleh menerapkan teori pembelajaran konstruktif, pelbagai kecergasan dan sebagainya.

 

 

 

 

 

3.0 Aplikasi Teknologi Maklumat

 

 

 

Internet merupakan sumber maklumat yang begitu besar tetapi tidak semuanya boleh digunakan sebagai sumber maklumat yang sahih dari kaca mata sejarah. Malah maklumat yang sama boleh ditafsirkan dengan cara yang berbeza oleh penulis laman web. Aspek “bias”, propaganda politik dan ekonomi boleh mempengaruhi tafsiran bahan sejarah.

 

 

 

Pencarian maklumat sejarah yang sah bukanlah satu tugas yang mudah. Pelayar (Browser) yang sesuai dan banyak digunakan misalnya Internet Explorer, Mozilla Firefox dan Netcape Navigator. Semua pelayar ini boleh menyimpan tapak-tapak web yang dilayari (Bookmark). Manakala pencarian di internet akan menggunakan enjin pencari seperti Yahoo, Google, Alta Vista dan lain-lain lagi. Kaedah yang biasa digunakan dalam P&P ialah:

 

 

 

  • Guru menyenaraikan alamat web untuk dicarikan maklumat.
  • Guru menyenaraikan beberapa soalan yang perlu diselesaikan melalui carian maklumat di laman web.
  • Pelajar akan membentangkan hasil dapatan mereka.

 

 

 

Perkara paling jelas dalam menggunakan aplikasi ICT untuk tujuan P&P sejarah ialah kita boleh memberi tumpuan kepada topik pengajaran berbanding sub topik lain yang kurang ditekankan. Misalnya, selepas melakukan ekperimen dalam kajian Arkeologi sejarah pelajar perlu mengkaji hubungan di antara dua pembolehubah. Mungkin pelajar perlu membuat plot graf yang banyak untuk melihat hubungan. Adalah tidak dinafikan pelajar perlu memiliki pengetahuan dalam membina graf tetapi dalam sejarah kita wajar memanipulasi beberapa perisian yang khusus untuk membuat pengiraan dan membina graf. Justeru, perhatian pelajar bukanlah tentang masalah mebina graf teapi untuk membuat tafsiran dan analisis terhadap graf dan trend graf yang dibina oleh perisian komputer (Pusat Perkembangan Kurikulum 2001).

 

 

 

Kekurangan yang paling ketara dalam implementasi kaedah ICT dalam P&P sejarah di negara kita ialah tidak wujud aspek perkongsian maklumat dengan sekolah atau institusi lain dalam dapatan bahan. Kalaupun ada aspek perkongsian hanya terhad kepada perkongsian yang berkaitan dengan soalan peperiksaan atau pembinaan bank soalan.

 

 

 

Aplikasi ICT dalam P&P sejarah boleh melibatkan penggunaan Internet, E-Mail, CDROM, Pangkalan Data, dan Pemprosesan perkataan. Aplikasi ini akan dijelaskan dalam topik seterusnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

4.0 ICT Sebagai Alat Komunikasi

 

 

 

Aspek Komunikasi dalam peralatan ICT hanya terhasil apabila sumber sejarah, guru dan pelajar dapat menerima, menghantar dan berkongsi bahan sejarah dalam lokasi tempat yang berbeza. Komunikasi di buat dalam bentuk Komputer Peribadi (PC), Notebook dan telefon bimbit. Perbezaan tempat ialah jarak di antara sumber, guru dan pelajar berada, malah mungkin merentasi sempadan negara dan sempadan masa. Bahan yang dikongsi boleh wujud dalam bentuk:

 

 

 

1.Teks

 

2.Grafik

 

3.Audio

 

4.Video

 

5.Kombinasi pelabagai mod

 

 

 

Teknik komunikasi dalam P&P melalui empat teknik di bawah:

 

 

 

1.Teknik Seorang(bersendirian) – Teknik ini biasa dilakukan melalui ekplorasi terhadap bahan di internet. Dalam teknik ini pelajar akan membuat akses tehadap sumber sejarah tanpa melibatkan komunikasi dua hala.

 

2.Teknik Seorang kepada Seorang-Teknik ini melibatkan komunikasi di antara pelajar atau pelajar dengan guru. Biasanya kaedah ini melibatkan penggunaan penggunaan khidmat pesanan ringkas (SMS) pada telefon bimbit, E-Mail,dan Chatting.

 

3.Teknik Seorang kepada Ramai – Kaedah ini melibatkan penggunaanE-Mail, Chatting, Forum dan Kumpulan-kumpulan pengguna di Yahoo atau Gmail (Aspek ini akan diperincikan di bahagian topik seterusnya).

 

4.Teknik Ramai kepada Ramai -Teknik yang biasa digunakan ialah forum dan Kumpulan-kumpulan pengguna di Yahoo atau Gmail.

 

 

 

Satu model yang boleh memainkan peranan penting di sini ialah Pembelajaran Kolaboratif. Pemodenan infrastruktur komunikasi menjadi pelajar, guru dan sumber sejarah boleh berhubung merentas sempadan daerah, budaya, dan politik. Justeru, pembelajaran sejarah oleh pelajar akan banyak berkongsi pengalaman dan membuat perbandingan dengan negara lain. Kaedah pembelajaran begini mampu membuka minda (Pusat Perkembangan Kurikulum 2001), serta menjadikan pembelajaran sejarah sesuatu yang sangat menyeronokkan pelajar. Peningkatan ilmu pengetahuan hasil empat teknik komunikasi diharap dapat meningkatkan keyakinan kendiri pelajar dan seterusnya memenuhi matlamat negara menyediakan pelajar yang boleh bersaing di peringkat global dalam semua apek kehidupan.

 

 

 

Amatlah jelik sekiranya pelajar yang dikeluarkan oleh negara kita mengabaikan perkembangan teknologi komunikasi khususnya dalam skop pembelajaran sejarah. Tanpa komunikasi yang terbuka kita mungkin cenderung melahirkan pelajar yang terlalu jumud berfikir dan hanya bergantung kepada buku teks.

 

 

 

Penggunaan Teknologi Maklumat Guru dan Pelajar

 

 

 

Sekiranya pembelajaran sejarah menerapkan ICT sebagai alat dalam P&P sejarah maka bagaimanakah guru harus memandu pelajar untuk mendekati sumber sejarah untuk dipelajari? Di antara teknik yang boleh digunakan ialah:

 

 

 

  • Mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang relevan dengan tajuk
  • Mengestrak maklumat daripada beberapa sumber
  • Menilai sumber dan membuat rumusan berasaskan bukti sedia ada
  • Mengenal pasti hubungan, kecenderungan dan bentuk perubahan
  • Memberi penerangan terhadap perubahan dan menggunakan pengetahuan sejarah untuk menerang perubahan khusus dalam konteks sejarah
  • Bahagikan punca kepada beberapa bahagian dan cari hubungan di antara punca
  • Uji hipotesis
  • Beri sokongan hujah dengan ilmu pengetahuan
  • Beri penerangan dan analisis peristiwa masa lalu

 

 

 

Dalam P&P sejarah guru harus menekankan kepada pelajar bahawa penggunaan ICT bukan bermakna menjadikan sejarah sebagai mata pelajaran ICT tetapi ICT membantu mempermudahkan pemahaman mata pelajaran sejarah.

 

 

 

 

 

Internet

 

 

 

Internet menyediakan banyak bahan untuk di akses dan dikongsi bersama. Sejak Semakan Kurikulum Sejarah tahun 2002, Kementerian Pendidikan Malaysia ada memasukkan pautan-pautan berguna bagi setiap tajuk yang dipelajari oleh pelajar. Untuk tujuan penulisan, penulis akan mengambil beberapa pautan yang digunakan dalam buku teks Sejarah Tingkatan 4. Berikut adalah pautan-pautan yang dimasukkan dalam buku teks pelajar:

 

 

 

 

 

 

Di internet maklumat dipaparkan melalui Portal dan forum, Brosur, E-Commerce, dan Enjin Pencari.

 

 

 

Kaedah Portal dan Forum

 

 

 

Kebanyakan portal turut memiliki forum sebagai salah satu modul. Kaedah forum banyak digunakan dalam perbincangan di internet. Di antara projek yang begitu berjaya melalui penggunaan forum ialah kejayaan Open Source dalam pengembangan Sistem Operasi Linux. Sila rujukan di laman web di bawah, bagaimana penggunaan forum dalam meningkatkan pembangunan dan penggunaan Sistem Operasi Mandriva dan OpenSuSe. Kaedah forum turut digunakan di UK dalam perbincangan akademik:

 

 

 

  • http://forums.opensuse.org/ -Laman ini membuat perbincangan semua aspek yang melibatkan pembangunan, keselamatan, penggunaan, aduan dan sebagainya dalam Sistem Operasi Linux OpenSuSe.
  • http://forum.mandriva.com/ - Laman ini membuat perbincangan semua aspek yang melibatkan pembangunan, keselamatan, penggunaan, aduan dan sebagainya dalam Sistem Operasi Linux Mandriva.
  • http://www.educationforum.co.uk/forum.html – Laman ini menyediakan perbincangan akademik dalam banyak bidang. Di antaranya ialah penyelidikan dan pembangunan, isu-isu Sejarah, perkaedahan, latihan guru dan lain-lain lagi.
  • http://www.besthistorysites.net/ - portal ini memiliki banyak sumber sejarah daripada zaman pra sejarah sehingga ke sejarah moden.

 

 

 

Melalui Portal kita boleh memasukkan artikel sejarah yang banyak lengkap dengan komen dan pautan. Portal boleh digunakan untuk menjadi host kepada sejarah tempatan, negara atau seluruh dunia disebabkan sifat portal yang membolehkan pengguna mengakses pada bila-bila masa dan tempat.

 

 

 

Melalui kaedah forum kita boleh membuat perbincangan Ramai kepada Ramai dalam teknik Komunikasi. Dalam forum sesiapa bebas untuk memberi pendapat dan komen secara bebas.

 

Forum turut membolehkan kita memasukkan bahan sebagai notis atau panduan, pautan untuk dihubungkan dengan laman web lain, memasukkan gambar, dan menyediakan bahan untuk muat turun. Rajah di bawah menunjukkan penggunaan forum oleh Pusat Perkembangan Kurikulum.

 


 

 

 

 

 

http://ictic.proboards.com/index.cgi

 

 

 

Nota: Projek yang dijalankan di 27 buah sekolah di Malaysia. Kandungan projek dilaksanakan oleh guru. Melibatkan mata pelajaran Sejarah menengah rendah. Guru dan murid menjalankan kajian secara online dan offline. Tajuk-tajuk yang dipilih bersesuaian dengan kehendak kurikulum Sejarah. Guru dan murid dari sekolah lain boleh berinteraksi dan bertukar maklumat secara online menerusi ruangan FORUM, email, e-album atau tugasan. Aspek KBKK diberi perhatian dalam tugasan murid.

 

 

 

 

 

 

 

E-Mail

 

 

 

E-Mail banyak digunakan oleh untuk berkomunikasi. Majoriti pengguna terdiri daripada golongan muda dan pelajar. Kebanyakan pengguna menggunakan email daripada Yahoo, Google dan Hotmail yang boleh diakses melalui pautan di bawah:

 

 

 

Yahoo – www.mail.yahoo.com

 

Google – www.gmail.google.com

 

Hotmail – www.hotmail.com

 

 

 

Walau bagaimanapun agak sukar ditentukan sejauhmana guru sejarah menggunakan kaedah E-Mail untuk meningkatkan pengetahuan dalam P&P sejarah. Aspek E-Mail boleh digunakan untuk bertukar-tukar maklumat tentang teknik pengajaran, bahan atau apa sahaja dengan rakan atau pelajar. E-Mail telah digunakan secara meluas oleh sekolah-sekolah di Belanda dan Norway dalam membincangkan sejarah Neo-Nazisme dan Holocaust. Selain itu E-Mail turut digunakan dalam projek sekolah di England, Eire, Belgium dan Ireland Utara dalam perbincangan negara dan tempat yang dikaitkan dengan Viking. Ini membolehkan pertukaran maklumat dan idea tentang Viking (van deer Leeuw, J. 1998).

 

 

 

Melihat sepintas lalu penggunaan E-Mail mungkin kebanyakan orang hanya melihat ia hanya untuk menghantar dan menerima surat elektronik. E-Mail pada Yahoo dan Google memiliki keupayaan dan perkhidmatan melebihi daripada hanya menulis dan menerima surat. Misalnya melalui Google, sistem E-Mail telah digabungkan bersama modul Chatting, Calendar, Documents, Reader, Site, Web dan lain-lain.:

 

 

 

1.0Chatting – modul untuk berbincang secara masa sebenar. Bagi pengguna aplikasi Yahoo Messenger yang perlu di install terlebih dahulu. Chatting boleh digunakan untuk membuat perbincangan sejarah melalui teks (tanpa suara) ke seluruh dunia.

 


 

 

 

 

 

 

 

2.0Calendar – Merupakan diari harian, mingguan, bulanan dan tahunan. (lihat Snapshort pada Lampiran). Bagi guru sejarah yang selalu on line maka modul calendar sangat penting misalnya untuk mengingatkan tentang masa pertemuan tutorial, mesyuarat, seminar ataupun tarikh pemulangan buku di perpustakaan. Berbanding buku berbentuk diari yang perlu dibawa setiap hari, modul calendar boleh diakses secara on line tanpa mengira tempat atau jenis komputer.

 

 

 

 

 


 

 

 

3.0Documents – Terdapat modul Word/Document, Spreadsheets dan Presentation yang boleh digunakan pelajar untuk melengkapkan projek penulisan, statistik dan pembentangan sejarah. Bahan yang telah siap boleh disimpan secara on line dan diakses pada bila-bila masa melalui internet. Pengguna tidak perlu memikirkan untuk menginstall dalam komputer banyak aplikasi. Aplikasi untuk tujuan membuat laporan dan sebagai boleh diakses secara online. Maklumat yang telah disimpan boleh terus di terbitkan untuk dikongsi di internet atau untuk kegunaan peribadi sahaja.

 


 

 

 

 

 

 

 

4.0Reader – Berita-berita yang disediakan oleh Google untuk menjadi bahan bacaan. Bahan bacaan di kemas kini setiap hari.

 

 

 

 

 

 

 


 

5.0Sites – Cara paling mudah untuk membina laman web peribadi secara percuma.

 

6.0Lain-lain – terdiri daripada :

 

6.1Images – Modul khas untuk membuat carian image bergambar di seluruh internet.

 

6.2News – Memuatkan berita terkini dari seluruh dunia.

 

6.3Books -Berfungsi untuk mencari bahan-bahan buku yang diterbitkan secara online. Buku adalah dalam e-book. Buku yang dimasuk di sini secara prinsipnya tidak boleh simpan (download) ke dalam PC.

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

6.4Translate – Tools ringkas untuk membuat terjemahan dari beberapa bahasa seluruh dunia kepada bahasa yang kehendaki. Walau bagaimanapun terjemahan untuk bahasa Melayu belum wujud. Bagi guru dan pelajar yang membaca banyak bahan sumber dari negara lain, tools ini sangat berguna untuk memahami bahan sumber sejarah secara sepintas lalu.

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

6.5Group – Untuk membina kumpulan pengguna. Ciri ini sangat berguna bagi pelajar untuk berkongsi idea secara tertutup untuk ahli sahaja. Guru sejarah boleh menggunakan perkhidmatan ini sekiranya hendak membina kumpulan perbincangan yang hanya boleh diakses oleh ahli sahaja. Selain membuat perbincangan, ahli boleh membuat upload fail bahan-bahan perbincangan dalam bentuk softcopy.

 


 

 

 

 

 

 

 

Akses melalui laman web dan E-Mail juga boleh digunakan untukmenempah buku di perpustakaan dan kedai buku.

 

 

 

CDROM atau DVDROM

 

 

 

CDROM membolehkan kita menyimpan bahan digital sehingga 4.7 Gigabytes. Bahan yang disimpan melalui cakera boleh terdiri daripada teks, animasi kartun, lukisan dan simulasi artifak. Akses ini membolehkan pelajar tanpa perlu ke perpustakaan, arkib atau muzium. Akses boleh dilakukan terus daripada P&P di dalam kelas. Secara umumnya kebanyakan perisian pendidikan atau courseware disediakan dalam bentuk multimedia dan biasa memiliki ciri-ciri berikut (Pusat Perkembangan Kurikulum 2001):

 

  1. mempersembahkan maklumat
  2. mebimbing
  3. memberikan latihan
  4. menilai pencapaian

 

 

 

Berdasarkan pengalaman negara Sweden menggunakan bahan sejarah melalui CDROM dan diedarkan ke sekolah-sekolah untuk tujuan pembelajaran, aspek ni wajar di beri perhatian serius oleh negara kita. Kaedah ini menunjukkan kesan yang positif dan kepuasan kepada pelajar. Di Amerika Syarikat dan Perancis bahan sejarah turut dimuatkan di dalam CDROM (Herbert Crijns 1997) misalnya:

 

 

 

  • Franklin Delano Roosevelt: History Maker
  • US History in CDROM
  • Paris, promenadaeset histoire
  • La Resistanceen France, une epoque de la liberte

 

 

 

Walaupun aspek CDROM digunakan dalam P&P sejarah sama ada menggunakan PC, TV dan LCD Projector tetapi sekiranya teknik tradisional model yang digunakan maka semakin mudah diadaptasi oleh guru dalam P&P sejarah. Kebijaksanaan guru menyesuaikan bentuk teknik yang digunakan sangat penting. Di negara kita banyak CD pengajaran sejarah yang mula dikeluarkan oleh syarikat swasta, akan tetapi ia lebih berbentuk komersial dan menjurus kepada aspek peperiksaan. Amat perlu dirasakan pihak Muzium dan Jabatan Arkib mengeluarkan CDROM daripada sumber primer yang boleh memberi manfaat dalam P&P sejarah.

 

 

 

Pangkalan Data Sejarah

 

 

 

Bahan sejarah yang terlalu besar boleh disimpan melalui penyediaan pangkalan data. Bahan yang terlalu banyak lebih berkesan disimpan menggunakan pangkalan data supaya mudah diakses. Misalnya di United Kingdom, mereka menyediakan fail data bahan-bahan sejarah yang boleh di akses oleh sekolah. Penggunaan ICT membolehkan pengujian hipotesis, pengujian idea dan pemerolehan tafsiran yang baru cepat diperoleh. Negara kita turut memiliki bahan yang disediakan dalam pangkalan data. Contohnya:

 

http://www.cljlaw.com/ - Current Law Journal adalah pangkalan data tempatan mengenai undang-undang di Malaysia. Ia mengandungi kes perundangan, nota praktik mahkamah, prosidur, direktori dan maklumat perundangan lain.

 

 

 

 

 

Penggunaan Pemprosesan Perkataan dan Presentation

 

 

 

Penggunaan software pemprosesan perkataan seperti MS Word dan Text Open Office dapat membantu pelajar bermain dengan teks dan menyusun semula maklumat. Misalnya kita meminta pelajar menyusun semula maklumat atau gambar yang disediakan supaya mengikut kronolgi sejarah. Justeru perisian Word atau Text sangat sesuai digunakan disebabkan mudah untuk pelajar menulis semula laporan bergambar.

 

 

 

Pada tahap ini implementasi pengoperasian teori pembelajaran sosio-budaya berlaku. Pelajar akan saling berkongsi dan berbincang maklumat yang diterima. Ini membangunkan aspek kemahiran kognitif, metakognitif, bertutur dan bekerjasama

 

 

 

Perpustakaan

 

 

 

Sejak kebelakangan ini banyak perpustakaan di seluruh dunia yang membenarkan bahan-bahan di perpustakaan di akses secara on line. Aspek ini boleh diperhatikan di Findland yang menghubungkan perpustakaansemua universiti dan sekolah melalui internet. Ini membolehkan pelajar mengakses maklumat dengan mudah (van deer Leeuw, J. 1998). Negara kita juga memiliki koleksi on line disetiap perpustakaan. Contoh perpustakaan yang menggunakan konsep perpustakaan maya sepenuhnya di Malaysia ialah Pustaka Negeri Sarawak (http://www.pustaka-sarawak.com/).

 

 

 

 

 

Filem

 

 

 

Pembelajaran dan pengajaran sejarah boleh menggunakan aspek filem atau rakaman video yang tayangkan menggunakan peralatan ICT seperti PC, Pemain Cakera Padat (VCD atau DVD Player), TV dan LCD Projector. Hasil kajian oleh Briley, J (2008) pelajar lebih mudah belajar dengan menerima maklumat sejarah secara visual berbanding membaca melalui teks.

 

 

 

Blog

 

 

 

Blog memiliki banyak kegunaan dan sejak kebelakangan ini sangat memainkan peranan penting dalam penyebaran maklumat di internet. Blog boleh digunakan oleh guru atau pelajar untuk menyimpan bahan-bahan sejarah dalam bentuk artikel dan gambar yang boleh di akses oleh pengguna lain, diberi komen dan dikongsi secara bersama. Selain murah atau percuma kaedah blog mudah dipelajari dan tidak memerlukan pengetahuan yang tinggi tentang ICT.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

CABARAN ICT

 

 

 

  1. Propaganda dan Globalisasi

 

 

 

Propaganda boleh disalurkan melalui semua bahan ICT. Situasi ini boleh menimbulkan unsur ‘bias’ di dalam argument (van der Leeuw-Roord,J.. 1998). Keadaan ini begitu jelas dengan meningkatnya unsur globalisasi dalam kegiatan ekonomi, sosial dan politik yang merentasi sempadan negara masing-masing. Dengan meningkatnya perspektif global, maka keperluan untuk menilai dan membuat interpretasi masa lalu amat penting misalnya keupayaan guru sejarah menjelaskan bagaimana masyarakat lain melihat dan menilai sejarah negara kita. Menurut Professor Stephen Heppell, ”guru-guru perlu membantu generasi muda dalam memberi panduan dan ilham ... dan membantu pelajar, belajar dengan menggunakan komputer dan mengelakkan mereka daripada belajar tentang komputer” (van der Leeuw-Roord, J. 1998).

 

 

 

  1. Keupayaan Mengakses Maklumat

 

 

 

Keupayaan akses komputer bergantung kepada penyediaan infrastruktur. Keupayaan infrastruktur di antara kawasan bandar dan luar di Malaysia sangat berbeza. Malah kelengkapan infrastruktur di antara Semenanjung Malaysia , Sabah dan Sarawak juga sangat berbeza. Infrastruktur ICT memerlukan sistem telekomunikasi yang baik. Dengan keupayaan akses yang berbebeza maka keupayaan kawasan bandar jauh meninggalkan kawasan luar bandar dalam mengakses maklumat. Perbekalan peralatan Ict ke kawasan luar bandar kadang-kadang terlepas pandang untuk mengambil kira keupayaan bekalan elektrik yang stabil. Keadaan ini sangat merugikan apabila alat yang dibekalkan mudah rosak akibat kemudahan infrastruktur yang kurang.

 

 

 

Kalau adapun penyediaan bahan dan peralatan menggunakan alat ICT ia hanya tertumpu kepada mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains melalui program PPSMI. Keperluan pendidikan Sejarah dengan menggunakan ICT terus dipinggirkan oleh pihak pemerintah dan guru. Ini membawa implikasi bahawa sistem pendidikan kita belum bersedia menghadapi cabaran globalisasi. Pelajar membaca bahan dari internet setiap hari tetapi kita masih belum menyediakan panduan dan latihan khusus kepada guru-guru bagi memanipulasi aspek ICT sebagai kaedah yang sistematik.

 

 

 

Kelemahan sistem internet mungkin boleh dikurangkan dengan pembekalan bahan P&P melalui cakera CDROM. Walau bagaimanapun dengan kekangan bekalan elektrik, komputer dan internet, guru tiada pilihan melainkan mengajar dengan menggunakan CDROM kepada 35-45 orang pelajar. Justeru ini tidak memberikan kemahiran kepada pelajar tetapi ia kembali kepada kaedah berpusatkan guru, hanya ditambah sedikit kemudahan ICT dalam P&P.

 

 

 

 

 

 

 

  1. Kekurangan Perisian (Software) dan Courseware Berbahasa Melayu

 

 

 

Pembinaan bangsa dalam sesebuah negara memerlukan penggunaan bahasa ibuanda dalam meningkatkan rasa bangga terhadap sejarah bangsa dan negara. Aspek ini merupakan halangan terbesar disebabkan kita kekurangan Software dan Courseware dalam bahasa Melayu. Kebanyakan yang ada adalah dalam bahasa Inggeris, Perancis, dan Sepanyol. Aspek asas kita boleh lihat dalam software Word atau Text, iaitu amat kurang didapati software ini di dalam Bahasa Melayu. Keadaan ini merupakan masalah kepada pelajar yang lemah pengetahuan bahasa Inggeris yang kebanyakannya tinggal di luar bandar.

 

 

 

Sebelum sesuatu software atau courseware boleh digunakan guru harus membuat penilaian kesesuaian terhadap CDROM atau DVDROM tersebut. Keadaan ini membazir masa dan tenaga (Pusat Perkembangan Kurikulum 2001). Ini menyebabkan kebanyakan guru kurang bermotivasi untuk menggunakan bahan-bahan yang dibekalkan ke dalam CDROM. Aspek penting yang jelas, sangat kurang ataupun hampir tidak ada bahan-bahan sejarah ataupun sumber pelbagai media daripada Jabatan Muzium dan Arkib di dokumentasikan dalam bentuk CDROM ataupun DVDROM di negara kita. Kolaborasi di antara pihak Muzium, Jabatan Arkib Negara dan guru sangat penting sebab akan menguntung kesemua pihak (Min Fui Chee 2006).

 

 

 

 

 

 

 

  1. Isu Latihan Guru Sejarah

 

 

 

Kebanyakan guru sejarah memiliki pengetahuan ICT pada tahap minimum sahaja malah sebahagian mereka kurang mahir menggunakannya dalam pengajaran sejarah (van der Leeuw-Roord, J. 1998). Malah bagi guru yang veteran langsung tidak mahu mendekati dunia ICT disebabkan ”fobia” kepada teknologi baru.Sesetengah negara menyediakan kursus khas bagi membolehkan guru-guru memiliki kemahiran ICT. Berdasarkan pengalaman di negara kita latihan yang diberikan kepada guru sejarah tidak menyeluruh, maksudnya kursus yang dianjurkan bermusim. Kalau ada kursus dan latihan ianya terhad kepada guru PPSMI sahaja. Penyediaan makmal komputer, Pusat Akses dan program PPSMI lebih kepada penyediaan hardware tetapi lemah dari sudut latihan dan kemahiran.

 

 

 

Latihan tidak hanya berlaku untuk P&P di dalam kelas tetapi juga penting untuk guru mengetahui kemahiran menggunakan Muzium sebagai bahan P&P. Di negara kita dan sebahagian besar negara luar, jarang sekali penubuhan Muzium adalah untuk memberi sokongan terhadap pengajaran dan pembelajaran di sekolah (Levesque, S.2006). Kalau guru dan pelajar gagal menjadikan muzium sebagai sumber bahan P&P maka jadilah bangunan dan isi muzium sebagai tinggalan sejarah yang dilupakan oleh generasi muda. Amat rugi muzium dibiarkan tanpa digunakan untuk P&P sekolah, sedangkan banyak aspek pembelajaran yang boleh dimanfaatkan.

 

 

 

 

 

  1. Persamaan PeluangMengakses Bahan

 

 

 

Berdasarkan kajian di Finland di dapati perempuan lebih banyak mengunakan ICT berbanding lelaki. Penggunaan ICT di kalangan lelaki lebih bertumpu kepada internet dan pemainan (games), manakala perempuan lebih banyak menggunakannya untuk menulis E-Mail bagi berkomunikasi. Kajian ini menunjukkan kebanyakan perempuan menggunakan ICT untuk perkara yang bermanfaat berbanding lelaki.

 

 

 

Dari aspek lain kebanyakan guru yang mengajar di pusat bandar adalah guru veteran. Guru yang berumur kebiasaannya kurang inisiatif dan idea untuk mendekati idea baru dalam P&P sejarah. Sebab itu latihan dalam perkhidmatan sangat diperlukan bagi meningkatkan kemahiran.

 

 

 

Sesetengah bahan yang terdapat di Muzium dan Arkib tidak membenarkan pelajar sekolah untuk di akses. Justeru wajar bahan sejarah seperti ini di dokumentasi dalam bentuk CDROM atau DVDROM yang akan membantu pemeliharaan bahan dan dalam masa yang sama menambah koleksi sekolah dan Muzium.

 

 

 

 

 

 

 

  1. Isu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

 

 

 

Bagi sebahagian guru halangan utama dalam penggunaan ICT dalam mata pelajaran sejarah ialah isu P&P. Kebanyakan negara memperuntukan masa pengajaran yang sedikit sedangkan syllabus yang perlu dihabiskan terlalu banyak. Walaupun seringkali diingatkan bahawa P&P tidak terlalu mengejar syllabus tetapi sistem pendidikan di Malaysia adalah 100% berasaskan peperiksaan. Justeru, kebanyakan guru mengambil jalan singkat dengan mengetepikan kaedah pengajaran berasaskan ICT dan menggunakan kaedah Khutbah sahaja.

 

 

 

Kekangan lain dalam penggunaan ICT ialah keperluan mengaplikasikan kaedah pengajaran baru dalam P&P. ICT memerlukan penglibatan kerja kumpulan, pembelajaran aktif dan pembelajaran yang dipandu oleh guru. Pada sudut lain sebahagian guru takut hilang kawalan terhadap pelajar mereka disebabkan pelajar memperoleh maklumat melalui internet. Perubahan peranan guru pada era digital merupakan satu cabaran dalam penggunaan ICT.

 

 

 

Di samping itu kekangan masa dalam merancang pembelajaran menggunakan ICT, kesukaran mendapat kemudahan komputer dan tekanan untuk menghabiskan kurikulum pengajaran dilihat sebagai antara punca mengapa guru kurang menekankan ICT dalam P&P (Haydn, T. 2006)

 

 

 

Mengikut Rabinowitch (2001), “...do not teach teachers how to how to use technology. Instead use techonolgy to teach teachers. Then they in turn will use it to teach their students.”

 

 

 

 

 

Kesimpulan

 

 

 

Satu dasar yang jelas amat diperlukan bagi mempastikan ICT dalam P&P betul-betul memberi kesan yang baik untuk guru dan pelajar. Penekanan yang keterlaluan dalam mencapai matlamat (objektif) tanpa mengambil kira kemampuan guru dikhuatiri akan merugikan dalam jangka masa yang panjang. Kita wajar menyediakankan satu kerangka atau modul pengajaran sejarah berasaskan ICT yang praktikal dan bukannya hanya pada teori sahaja. Mungkin pengalaman dalam kajian kes di England oleh Haydn T. (2006) amat mustahak untuk dijadikan panduan dalam melaksanakan implementasi ICT dalam P&P sejarah. Noss dan Pachler (1999) menyatakan,

 

 

 

The vision of connecitivity is one of delivery... Theres is no mention of the computer of as a potential source of empowermenteither for the student or for the teacher ... It might be better to have as the short term goal the serious engagement of teachers with the substantive ways in which the the computer might afford students the exploration of deep and hithertoinaccessibleconceptual knowledge.

 

 

 

Akses kepada komputer masih merupakan masalah besar untuk guru-guru sejarah walaupun bilangan komputer di sekolah meningkat dengan drastik berbanding lima tahun yang lalu. Bahkan jalan penyelesaian seperti kata Noss dan Pachler (1999) ialah menggunakan ICT hanya pada bahagian-bahagian tertentu sahaja, manakala aktiviti melalui ICT tidak memakan masa yang panjang.

 

 

 

Penggunaan ICT dalam P&P harus menekankan kepada aspek pedagogi dan bukannya teknologi (Hillis, P. 2002). Pelajar harus digalakkan membuat perbincangan, berdebat dan berfikir secara kritikal dalam menilai sumber utama atau sekunder dalam menyelesaikan permasalahan sejarah daripada hipotesis dan dapatan kajian. ICT sewajarnya memberi sokongan kepada guru dan pelajar dalam membina kemahiran aras tinggi ini (Hayden, T 2003). Kita tidak seharusnya memandang rendah aspek pedagogi dalam memasukkan ICT dalam P&P sejarah, disebabkan kecederungan pembuat dasar merendah-rendah proses P&P yang kompleks dan mengangkat martabat ICT melebihi unsur P&P itu sendiri.

 

 

 

Guru juga wajar diberikan latihan cara mengintegrasi ICT dalam P&P sejarah. Aspek latihan tidak wajar diketepikan begitu sahaja bagi mengelakkan pembekalan peralatan canggih menjadi projek “gajah putih”. Selain itu, badan-badan kerajaan yang lain seperti pihak Muzium dan Jabatan Arkib harus digalakkan memindahkan bahan-bahan sumber primer ke dalam bentuk CDROM agar mudah untuk digunakan sebagai bahan P&P di sekolah dan Universiti.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Senarai Rujukan

 

 

 

Briley, R .2008. Incorporating films into a history classroom: a teaching note, dlm Teaching History: A Journal of Methods. Spring

 

http://findarticles.com/p/articles/mi_hb302/is_1_33/ai_n29427185/?tag=content;col1

 

[20 Mac 2009]

 

 

 

 

 

H. Doreen Tan .2004. 11th International Assembly of Social Educators Meeting, Nov. 19, 2004. Baltimore.

 

http://www.aare.edu.au/05pap/tan05410.pdf[25 Mac 2009]

 

 

 

Herbert Crijns. 1997. Informations Technology, Does IT Enhance History Teaching. Questannaire for EUROCLIO annual Conference in Helsinki Findland March 11-15 1997. History Teaching and Information and Communications Technology. Bulletin Nr.10, - Summer 1998. 27:31.

 

 

 

Hillis, P. 2002. Using ICT to enhance the teaching and learning of history in Scottish schools.(Information and Communications Technology).History Computer Review.

 

http://www.accessmylibrary.com/coms2/summary_0286-9128042_ITM[20 Mac 2009]

 

Noss, R. dan Pachler, N. 1999. The Challenge of New Technologies: Doing Old Things in a New Way or Doing New Things? , dalam P. Martimore (Pnyt), Understanding Pedagogyand Its Impact on Learning. London. Paul Chapman Publishing: 195-211

 

 

 

Haydn, T. 2006. Subject discpline dimensions of ict and learning: History a Case Study. East Anglia. University of East Anglia.

 

 

 

Haydn, T. & Counsell, C. 2003. History, ICT and Learning in the Secondary School. London. RoutledgeFalmer.

 

http://books.google.com.my/books?id=UOoZtcRV-YwC&printsec=copyright&dq=History,+ICT+and+Learning+in+the+Secondary+School.pdf#PPP1,M1 [26 Mac 2009]

 

 

 

Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Sejarah Tingkatan Empat. 1992 dan 2002. Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum.

 

 

 

Intel Education Initiative-Bringing change through ICT in Fazaia School System. 2007.

 

Isahak Haron & Koh Boh Boon.1992. Asas-Asas Dalam Amalan Pedagogi, Kuala Lumpur, Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd.

 

 

 

Levesque, S. 2006. Integrating Museum Education and School History: Illustrations from the RCR Museum and London Museum of Archaeology. . International Journal of Historical Learning, Teaching and Research.Vol.6 Jan 2006.

 

http://centres.exeter.ac.uk/historyresource/journal11/journalcontents.htm[30 Mac 2009]

 

 

 

 

 

Lembaga Peperiksaan Malaysia. 2003. Laporan Prestasi Peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia. Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

 

 

Min Fui Chee. 2006. Training Teachers for the Effective Use of Museum. International Journal of Historical Learning, Teaching and Research.Vol.6 Jan 2006. http://centres.exeter.ac.uk/historyresource/journal11/journalcontents.htm[30 Mac 2009]

 

 

 

Paquin, M. dan Barfurth, M. 2007. Websites and Virtual History Museums: Educational Strategies use byFrancophone Teacher in Canada. International Journal of Instructional Media, vol.34(2) 2007.

 

McKenzie, Brian. 2005. Simulations, sources, and the history survey course: making the Internet matter. Emporia. Teaching History: A Journal of Methods.

 

 

 

Pusat Perkembangan Kurikulum. 2001. Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Putra Jaya. Kementerian Pendidikan Malaysia. Diakses pada 31 Mac 2009. http://www.ppk.smkdpk.com/bsk/modul_ssk.html#

 

 

 

Subadrah Nair dan Malar a/p Muthiah. 2005. Penggunaan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham dalam Pembelajaran Sejarah. Jurnal Pendidik dan Pendidikan. Jilid 20, 21-41.

 

 

 

van der Leeuw-Roord, J. 1998. History and Teaching Information Technology-Will IT Enhance History Teaching?. March 9-15. Conference Report at Hanasaari/Hanaholmen the Swedish-Finnish Cultural Centre, Espoo, Filand.
http://www.euroclio.eu/download/bulletin/Bulletin_10_98_%20History_Teaching_and_Information_and_ Communications_Technology.pdf [29 Mac 2009]

 

 

Shaharudin Md Salleh, Zaidatun Tasir dan Baharuddin Aris. 2007. Simulasi Menerusi Web : Persepsi Pelajar Terhadap Pembelajaran WWWS. 1st International Malaysian Educational Technology Convention. 2nd - 5th November 2007. Skudai. 336:345